Text
Mikroekonomi
perbincangan awal buku ini memaparkan suatu gambaran tentang konsep-konsep asas ekonomi serta sistem-sistem ekonomi yang diamal di dunia hari ini. Konsep-konsep asas tersebut diterangkan dengan sejelas mungkin menerusi contoh-contoh semasa yang selalu dialami oleh setiap orang. Dengan cara ini pembaca akan terus dapat mengaitkan teori-teori ekonomi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Selain itu,pembaca juga akan mendapati kelainan buku ini berbanding dengan buku-buku yang lain ialah cara teori-teori tersebut dihuraikan dengan gaya bahasa yang tersendiri.
Kelebihan buku ini terletak pada contoh-contoh soalan yang diberikan. Dengan adanya contoh-contoh soalan ini akan dapat membantu para pelajar lebih faham dan jelas untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Secara khusus buku ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran ekonomi Institut Teknologi MARA. Namun begitu ia masih sesuai dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar peringkat Sijil Tinggi Persekolahan dan para pelajar tahun pertama universiti. Di samping itu buku ini juga sesuai bagi pembaca umum yang ingin mengetahui selok-belok asas teori mikroekonomi.
| B230626 | 338.5 MOH m | Perpustakaan Al-Adzkar | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain