Text
Kajian dalam Ekonomi Islam
Kajian Dalam Ekonomi Islam mengandungi beberapa aspek pemikiran Islam semasa dilihat dari segi pendekatan yang baru Kertas kerja dalam buku ini telah dibentangkan di Persidangan Antarabangsa yang Pertama Tentang Ekonomi Islam yang telah di-adakan di Mekah pada tahun 1976. Dalam kertas kerja tersebut ahli-ahli ekonomi profesional yang benar-benar memahami Islam telah membangkitkan isu-isu yang menarik tentang kerelevanan Islam ke-pada Ekonomi,baik dari segi teori maupun amalannya. Bidang kajian yang telah disentuh termasuklah Teori Penggunaan dan Gelagat Pengguna:Wang; Bunga dan Qirad (perkongsian untung):Urusan Bank Tanpa Bunga; Kecekapan Ekonomi Tanpa Bunga; Dasar Kewangan dan Zakat; Negara Kebajikan Islam dan Pembangunan Ekonomi dalam Rangka Kerja Islam. Sebagai tambahan,terdapat dua tinjauan yang lengkap yang dapat menggambarkan pertumbuhan Ekonomi Islam sebagai satu bidang ilmu yang tersendiri.
| B231781 | 2X6.3 KHU k | Perpustakaan Al-Adzkar | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain